Saturday, September 12, 2009

4th Anniversary Celebration.

Rasanya rugi kalau saya tak update pasal Eniberseri yang berseri abes haritu. Haha. Tapi bulan bulan pose nak celebrate ape la sangat kan. Heh. Dapat spend time together pun dah cukup la. :) Oloh buat muke senyum pulak dia. Comel sungguh. Aik. Puji diri sendiri ke hape ni? Haha.




Disebabkan saya nak sangat tengok Final Destination, macam kalau tak dapat tengok rasa tak tenteram hidup. Haha melampau. Tapi betol ni. Saya sampai termimpi mimpi cite tu. Haha obses betol la Dieyla ni. Makanya nak tak nak Kekasih bawak la pergi tengok movie aritu. He he he. (Eyh. Dah lama tak panggil Kekasih as "Kekasih". Yela. Dah name pun entry anniversary. Panggil kekasih sudey!) Haritu kitorang menuju ke The Curve. Tengok movie dekat Cineleisure yang dah tukar nama jadi e@The Curve.




Haritu jugak kitorang bukan main lagi plan nak makan kat Waroeng Penyet. (Again) TETAPI. Kitorang sampai pukul 4 tu pun dia cakap dah fully booked. (Again.) Dang! Sumpah aku putus asa putus harapan putus segala macam putus nak makan sekat situ. Sumpah tak nak g sane dah. Macam la aku kebulur sangat kan. Sampai dah pegi 2 kali nak book dua dua kali fully booked. Macam la kau bagos sangat. Eyh. Apesal ayat macam tak puas hati neh? Haha~ Kesimpulan dia, kalau nak makan jugak kat situ, call la sehari awal ke dua hari awal ke. Lagi bagos seminggu awal. Confirm ada tempat. Hehe. Tak pun tunggu je la time dah tak pose nanti. Sure takyah nak book book bagai dah! Menyusahkan orang betol. Nak makan pun susah ka? Yanadey betol!




Pastu kitorang pun macam pikir nak makan ape. Memang sadis la tak dapat makan kat situ untuk kali kedua. Huhu. Kekasih cakap nak makan Nandos. Tapi kat situ mano ado Nandos! Kalau nak makan Nandos gak kene g OU la. Makanya memang kem salam je la kat Nandos. Pastu kitorang pun g Vivo book and order teros. Senang dah nak buke nanti datang makan je. He he he.





Pastu ape lagi? Tengok movie la! Hoho~ Final Destination 4 best okek! Walaupun cite tu menyeramkan dan menjijikkan tapi saya rileks je. (Ceh berlagak seyh.) Kekasih je yang takot terlebih. Haha. Takpe. Meh saya selamatkan awak. Hehe. Apa yang nak takot sangat ntah. Tapi aku taktau nape. Aku memang suke tengok cite psiko psiko camtu. Haha best kot? Baru lah thrill kan? Hehe.






Before masok wayang. Ni bajet muke comel ke ape taktau ah. Haha.




Owh ye. Ade bende nak cite ni. Nampak kan kitorang same same pakai baju putih? Memang tak plan pun. Saya masok masok kete terkejot tengok dia pakai putih gak. Pastu teros la I sound dia. "Nape u nak tiru tiru I ni?" Eleh. Padahal dalam hati suke sebab pakai same same. Sehati sejiwa gitu! Haha geli geli.







Ish. Budak mane comel sangat neh! HAHA~ Gambar ni dah selamat jadi profile picture kat FB. Sebab tak tahan dengan kecomelan gambar ni. MUAHAHAHAHAHA~





Pas siap tengok movie tu, dah 630. Asar tak semayang lagi. Haha makanye ke surau.





Sempat lagi amek gambar dalam surau. Time ni takde orang. Makanya saya boleh la buat sesuka hati saya. Hehehehehehe~




Pastu jalan jalan sikit teros ke Vivo untuk berbuka. Yehooo! Kitorang duduk je kejap air sampai makanan sampai. Kat situ tak penuh pun. Tapi dah agak agak Maghrib tu penuh gak. Orang lain sume tak dapat makanan lagi kitorang dah dapat. Ok jangan berlagak boleh tak Dieyla? Baeklah baeklah. Saya senyap sekarang.






Emmm emmm.. Kalau saya senyap sape nak cite? HAHA~ Ni time di Vivo. Gambar mesti kene amek di mana mana. Wajib. :P





Hye awak! Boleh ngurat? Hehe~ Gatey punye Dieyla. Nak ngurat pebendenye boipren sendiri.






Ni Lamb Chop Kekasih punya. Dia macam liat sikit. Takleh nak lawan Chilis la. Chilis punya terbaek kot. Saya cakap la kat Kekasih camni "Chillis punya lagi sedap kan?" Pastu dia cakap "Tengok harga la. 2 kali ganda kot." Haha~ Ok ok.





Fish and Chips. Kalau bukan saya punya sape punya lagi kan? Hehe~ Saya rasa tawar sikit la. Tapi bila dah makan dengan sos ok je. Hehe takyah nak ngomel banyak la. Dah selamat masok dalam perot aku pun. Licin pulak tuh! :P







Ni aku panggil air 2posen. Huahua~ Kekasih punya.




Saya punye mestila kene Chocolate kan. :P





Ok dia siap bagi kurma lagi untuk berbuka. Hehe.





Itu je la cite yang saya nak kongsikan and untuk kenangan masa depan. Ecewah. Tapi malam before kejadian ni kitorang gadoh kaw kaw punya. Haha. Sengal sungguh. Biase lah. Dah dekat hari hari penting jadi la sensitip sikit. Pastu nak nak bulan pose ni tahap kesabaran tu memang kurang sikit la huhu~





Soalan saya : Akan ada ke Anniversary yang ke 5 ke 6 dan seterusnya???




Sama sama lah kita tunggu dan lihat.




Sekian terima kasih.



:)





P.s : Tak dapat present lagi ni. Saya pun tak bagi dia present lagi. Kitorang dah janji nak postpone hadiah. Haha boleh ek main postpone postpone. Boleh je di kala tengah miskin ni. T_________T

Monday, September 7, 2009

Majlis Berbuka Puasa Di Rumah Izyan.




Sementara menunggu waktu berbuka puasa, (Macam la aku puasa kan. Tapi takkan nak makan dah kot. Kene la menghormati orang yang berpuasa. Eceh.) marilah kita mengupdate blog. Sape nak tau saya hilang g mane sehari dua ni takde online meh baca. Kalau tak nak tau takyah baca. :P




Hari Sabtu haritu Izyan ade buat majlis berbuka puasa bersama rakan rakan tersayang. Eceh perasan. (Tapi memang betol pun. Cuba g tanya Izyan sayang tak kat kitorang. Mesti dia cakap sayang. He He He.) Owh Izyan ajak boipren die jugak. Kami g berempat. Saya, Syusyuq, Rered and Adi. Tempat kejadian adalah di Senawang. Rumah ibu die.






Gambar semasa on the way pergi Senawang. Kami duk belakang harus lah bergambar sakan kan. Dan yang pasti kami sangat ayu berbaju kurung. HUAHUAHUAHUA~





Si Red datang amek kitorang kat UM. Banyak betol dugaan nak pergi sana. Red demam la. Adi sakit kepala nak muntah la ape la. Ish. Banyak songeh betol boipren aku tu sorang. Tapi dia nak ikot tu dah cukup bersyukur dah. Haha. Gerak dari UM dalam pukul 4. Sampai Senawang dalam pukul 5. Sampai sampai je Red ngan Adi pengsan. Haha. Diorang teros landing. Sengal sungguh. Buat macam rumah sendiri lak. Tapi selamat la Iboo tu spoting! Heh.





Err.. Tak banyak gambar yang di amek. Ya Ampun. Saya lupa langsung nak amek gambar makanan yang banyak gilos itu. Izyan masak sume ok untuk kitorang. Terharu owh. Saya malas la nak cakap menu ape. Sebab malas nak ingat balik. Haha. Tapi yang pasti memang banyak gilos. Tak larat nak makan.






Budak baju biru tu poyo je. Haha. Ni Syuq tengah menggoreng ayam. Saya jadi tukang tengok je plus tukang kacau. Ngeh ngeh~



Owh lupe nak cakap. She pun datang dengan Akim. Tapi dia pandai. Dia sampai je teros Azan. Ngelat neh ngelat. Haha.





Ni time tengah makan dessert yang sodap. Nak lagiiii!!




Tu je gambar yang ada. Haha. Gambar masa makan memang takde sebab duk melantak tak hengat lebih dari orang puasa. Ngeh ngeh~ Maapkan aku korang. Lain kali kite buat lagi mesti kene ingat amek gambar. :P





Nak dijadikan cite, Red demam teruk pulak malam tu. Siap g klinik kene cocok bontot (Memang saje nak tulis Red kene inject kat BONTOT. HAHAHAHAHA~) Pastu kitorang pun terpaksa la over the night kat umah Izyan. Hehe. Dah lah dengan tak bawak baju ape sume. Memang tak prepare pape langsung. Hampeh sungguh. Tapi yang pasti seronok gile kot malam tu duk borak borak. Lama gile dah tak buat girls talk camtu. Memang malam tu tak tido la. Tapi tertumpas gak time tengok movie. Haha. Pastu tetiba Iboo kejot soh bangun sahur. Nak taknak bangun gak la.





Pagi tu bantai tido dulu semua orang. Haha. Mana taknya. Memang ngantok gile kot tak tido malam tu. Tapi saya berjaya tido 3 jam je sob sob. Sebab ada orang tu kacau ketuk pintu bilik kuat namampos. Sengal punya budak. Heh. Pastu pukul 4 baru gerak balik KL. Adi naek ngan Red. Saya ngan Syuq naek ngan Izyan. Konvoi 2 kete. Woot woot~






Time on the way balik KL. (Ye. Kitorang pakai baju yang sama selama 2 hari. HAHA~)






Oklah. Nak makan. Dah maghrib. Hehe.

Selamat berbuka puasa semua!





P.s : Harini plan nak makan soto kat Village Park. Sekali dia cakap pukul 530 dah abes daaaaaaa~ Gile laku! Pastu nak g bazaar macam dah lambat. So beli je la makanan kat cafe bawah. Tapi okla. Dah lama tak makan masakan Anney. Hehe.


Saturday, September 5, 2009

Cerita Berbuka Lagi.



Ok. Tajok pun dah tau kan. Hehe. Semalam berbuka puasa dengan kesayangan Matrik. (Sayang KMPH selamanye. Tetiba kan. HAHA~) Ok. Walaupun saya tak puasa (Ehem ehem) tapi konon konon je la saya puasa jugak sebab semalam saya makan biskot je pun. Heh. Kesian kan tak puasa pun takleh makan sob sob. (Padahal taktau nak makan ape dah kat bilik tu. Takkan nak makan megi hari hari kot? Botak kepala eden nanti!)





Saya selaku pengerusi majlis (Ceh. Sejak bile ntah ada pengerusi majlis bagai ni. Takpela. Saya lantik diri sendiri.) telah ditugaskan untuk mengreserve tempat makan untuk kanak kanak semua. (Ok bukan kanak kanak. Saya dengan Adi je still sekolah lagi sob sob.) Seawal 5 petang kami gerak dari UM. (Pergh. Ayat takle blah. Malas nak layan kan Dieyla ni bile die dah merepek kat blog. Kat tempat lain pun die suke merepek gak. Makanya merepek la pekerjaan tetap saya. Sekian terima kasih.)




P.s : Kalau taknak baca saya merepek boleh baca ayat yang saya bold SAHAJA. Haha. Baek kan saya ni memudahkan kerja anda. Hehe.





Dalam 545 kami sampai The Curve. (Jem oh jem. Semua jalan pun jem petang petang,) Majlis berbuka kali ni diwajibkan membawa pasangan masing masing. Haha tak wajib pun sebenarnya. Tapi dah semua nak bawak bf masing masing kan. (Wani la punca utama. Dia yang cakap nak bawak Fard. Nak nak pulak dia dah lama tak jumpa Fard. So bagi lah can. Ehe.) So saya pun terpaksa la memaksa bf sendiri untuk ikot saya. Kalau tak mesti kesian saya jadi single hehe. (Punyalah susah nak pujuk budak tu. Segan lah ape lah. Grrrr~ Tapi selamat last last die nak ikot gak. Hehe. Thanx awak!)





Ok. Plan awalnye memang nak makan kat Waroeng Penyet tu. (Saya tak pernah rasa lagi ok makan kat situ. Semua cakap sedap. Saya pun ape lagi? Excited lah! Hehe.) Kami sampai sampai tu tanpa berpikir panjang teros ke kedai tu untuk reserve la konon. Masok masok dalam kedai. Semua pekerja dia tengok. Adi cakap "Nak reserve." Pastu diorang ramai ramai cakap "Dah penoh la dikkkkk..." Hammpehhhhhhhhhhhhh kan! Sumpah sedih. Punya lah semangat datang awal nak reserve. Tapi hampa sob sob.




Pastu teros SMS bebudak ni cakap tempat tu dah fully booked. Kuciwa hokey kuciwa. Aku ngan Adi dah nekad nak gak makan kat situ. Kitorang cakap tunggu la sampai orang habes berbuka baru kite pegi kedai tu. Pastu semua macam Okay. Kire pas solat la baru makan kan. Ok fine la. (Perut dah lah lapar gilos. Haha~ Mengalahkan orang puasa lak.) Pastu kitorang pun jalan jalan la kat The Curve tu. Dah lah The Curve tempat yang aku reject gile untuk jalan jalan. Tak best. Tak banyak kedai. Haha. Pastu bosan gak la nak tunggu budak budak ni semua sampai. Janji pukul berapa anak anak? 630 kan? Pukul berapa korang sampai? Belasah nak? HAHAHAHHAHAHA~







Dah bosan jalan jalan tu lepak je la sambil tunggu budak budak ni sambil bercamwhore. Haha. Sabar je la boipren ku melayan aku. Aku cakap "Ala takpe. Bukan ada orang kenal kita pun kat sini." Pastu tengah amek amek gambar tu sekali ada orang datang bagi salam. Sekali kawan Adi daaaa!! HAHA~ Masin betol mulut. Baru cakap takde orang kenal. Sekali teros muncul orang yang dikenali. Ngeh ngeh~







Ryna : Peserta kedua yang sampai.
Wani : Peserta ketiga yang sampai.
Dieyla : Eyh. Perlu aku cakap aku sampai no berapa? Haha~ Mestila aku orang pertama yang sampai kan ehem ehem.




Sape peserta last yang sampai? Harus lah AJ. Budak tu memang sentiasa lambat. Nak kena belasah ke weh? Haha. Dia sampai betol betol time orang tengah Azan. Pastu boleh siap gadoh gadoh ngan WF. (Ok takyah masok campor hal rumah tangga orang. Haha~) Biasela puasa puasa ni semua orang cepat marah sebab perut lapar. Haha. Tapi AJ kelakar gile sebab dia takleh hilang WF langsung. Hilang baru sesaat teros die bising bising. HAHA lawak ah kau AJ! :P






Dah siap solat semua. Bebudak laki pegi hembus asap dulu kat luar. Memang tak sabar sabar kan. Selamat boipren aku tak smoke. Tapi budak budak tu bahan dia cakap "Patotla kau boleh sambung Master sebab ko tak smoke." Apekah kaitan nya???? HAHAHAHAHA~ Kesian boipren aku weh. Tapi takpe. At least takde la dia buang duit kat rokok kan. Kat kete cukup la. And yang paling penting, takdela mati cepat. Haha. Amin. Pape pun ajal maut di tangan Tuhan kan. Tak isap rokok pun boleh mati bile bile gak. Aiseyh. Ape aku merepek neh!





Lepastu macam yang diplan, kami pun pergi la kat Waroeng Penyet tu balik. And guess whatt??????? ORANG BERATOR HOKEYYYYY!!!! Gile tak gile la kan. Pergh memang harapan la kan. Kalau berator sikit sikit takpe. Ni panjang gileeeee kot. Kalau tunggu taktau pukul bape baru dapat makan. Huhu. Pastu kitorang pun blah la dari situ cari tempat makan lain. Dan kedai yang lucky ialah : Kenny Rogers! Hehe. (Dieyla suke la tu. Aah memang suke pun. Sebab dari haritu aku ajak Adi makan situ tapi die taknak. At last dapat gak la ape yang aku mengidam. Hehe.) Tapi kitorang taktau pulak yang Wani tak suke Kenny Rogers. Yanadeyy!!! Apesal tak cakap awal awal! Kesian ko babe. Makan sikit je ngan Fard. Huhu. Takpe. Next time mesti kene makan Waroeng Penyet tu!!!





Order order, makan makan, gelak gelak, borak borak, kenyang kenyang. Ok dah. Tengok gambar ah. Penat la wei aku bebel.






Fard and Wani.


Couple yang tak suka makan Kenny. Diorang siap share hokey! Aku ngan Adi macam tanya sepuluh kali. "Korang share???" "Korang share???" (Ok takyah la sampai nak type sepuluh kali kan. Haha~) Macam tak caye okay. Aku mana boleh kongsi ngan Adi. Tak cukup kot. Kang berebut susah lak. Haha.






Ryna and Paan.

(Paan siap pakai baju kerja lagi. Same la ngan Wani. Heh.)







Adi and Dieyla. Hehe.





AJ and WF. (Budak suke hilang. HAHA~ Pakai baju melayu tuuu~ Gile ah AJ. BF ko bakal suami mithali tu. Ngeeeee~)






Kami berempat. Blur la pulak gambar neh!





Trademark Wani. HAHA~
(Time ni bebudak laki semua dah hilang. Cube teka diorang g mane?)






Gi meja sebelah je. Buat ape lagi kan? Hembus asap la! HAHA~






Dalam pukul 10 lebih majlis bersurai. Eceh. AJ blah awal awal lagi. Takde la awal sangat. Sempat la beli shawl aku 2 lai. Hehe. Thanx korang! And yang paling penting orang dah kerja belanja orang belajar lagi. Haha seronok hokey! Kalau macam ni aku nak belajar sampai tua la! Haha. (Thanx tau belanja kitorang. Terharu owh! T.T Dengan pesanan penaja : Lain kali belanja la lagi! HAHAHAHAHHAHA~) Pape pun, memang best gile semalam. Walaupun tak dapat makan kat Waroeng Penyet tu. Redha je la. Takde rezeki kot kan. Lain kali ah makan kat situ.






Pergh. Sampai sakit montot aku update blog. Haha. K la wei. Aku nak buat assignment pulak. (Pergh. Rajen siyot. Hehe.) Percaya ke? Tolong percaya ok. Aku dah lama tak tido siang. Hehe. Petang ni nak g berbuka kat umah Izyan pulak kat Senawang. Yeayyyy!! Bestnya dapat makan Izyan masak. :P Ok tak sabar dah ni.





Entry tamat.




P.s : Liz, jangan sedih hokey!!! Nanti kitorang datang Melaka. Walaupun ko takde semalam kitorang tak lupekan ko pun. :)

P.s.s : Sayang korang semuaaa!! XOXO



Monday, August 31, 2009

Iftar @ OU


Welcome to di3yl4.blogspot! Kenapa saya update kat sini? Saje nak melepaskan rindu kat blogspot. He he he. Anda assume je la saya pakai dua dua blog hokey! Tenkiyu! Sayang korang! :P




Hari Jumaat lalu, (Ceh. Arini dah Isnin. Gile basi cite. Tapi takpela. Nak update jugak. :P) kami berempat mula mulanya iaitu Saya, Memet, Adi and Syusyup plan mau ke OU (One Utama ye adik adik. HAHA.) Mula mula macam dah tak jadi sebab Si Syusyuq cakap berbelit belit sampai rasa nak cekik cekik je dia time tu jugak. Tapi last last jadi jugak.





Pukul 530 baru gerak dari UM. Macam biase la jalan jem gilos. Tapi selamat sempat sampai. Bukan setakat sempat. Terlebih sempat pulak sampai taktau nak g jalan mane sambil menuggu Syusyup. Yela. Kan saya dah taknak shopping. Kalau jalan kang bahaya kang terbeli kang kene marah kang nanges kang. Bape banyak kang da wei! Haha.




Syusyup pulak sampai dalam pukul 7. Dia seorang pengguna public transport yang sangat hebat. Aku sangat kagum. Haha. Kalau aku la, taktau la macam mana kan nak sampai ke OU tu. Hehehehehe~ Dah la Dieyla. Banyak la kau membebel. Okla. Tengok gambar la ok.






Ni semasa menunggu Azan berkumandang eceh. Tengok baju Syusyuq. I love HaKim. HAHAHA~ Jangan tanya saya sape Hakim. :P






Ni budak mane ntah. He He He.






Lambat pulak nak azan. Jom amek gambar lagi lah!





Skip ah gambar ni.


P.s : Si Kekasih dah ada janggut seyyy skang! HAHAHAHA~






Yes! Dah azan! Dalam OU dia pasang azan tu. Bagos betol. Kitorang berbuka minom air yang di beli kat Jusco je dulu.




Dah lepas berbuka ala kadar tu, kitorang ke Surau solat dulu. Malas nak solat pas makan takot rushing. And takleh lepak lama lama. Hehe. Kat Surau takde orang hokey! Kitorang punya plan memang pandai la. Tak payah nak berebut rebut. Haha. Tak pasal pasal kan. Tapi biar la. Nak cakap gak kitorang pandai. :P




Lepas gaduh gaduh nak makan kat mana, mula mula Adi ajak makan Laksa Shack. Saya dengan Syusyup tanak. Pastu kitorang cakap nak makan Chicken Rice Shop. Adi ngan Memet pulak taknak. Ok boleh bayangkan tak cane kitorang gaduh? Haha taknak bayang pun takpela. :P Tapi last last kitorang pilih Oldtown. lama gile kot tak makan kat Oldtown. Dah lah kat Oldtown memang ada promotion untuk bulan Ramadhan ni. So memang berbaloi la! Eceh promote nampak. Hehe. Ape salahnya promote sekali sekala kat blog kan. :P






Aiseyman. Kecik pulak gambar ni. Haha lantak lah. Ni food saya. Saya beli set ramadhan tu. Ada nasik + ayam goreng + kurma + puding. Harga dalam tak hengat. Tapi murah je la. He he he. Kenyang gilos makan!






Lepas dah siap makan baru budak ni sampai dengan boipren die. Pastu diorang jadi tukang habiskan makanan yang tak habes lagi. Hahaha.




Lepas amek gambar ngan Izyan ni camera saya pun habes bateri. So gambar lepas ni dari camera phone Izyan ye. :P






Kami berempat. :)






Cantekkan gambar ni? Abaikan tudung Memet yang komot itu. Haha.




Memey (Bukan Memet ye.) and Poca.





Borak punya borak dalam pukul 10 kot baru blah dari Oldtown tu. Haha. Gile lama bukak pose.






Before balik posing jangan tak posing. (Posing macam orang tak pena datang OU. HAHA~)





Saya nak tengok cite Orphan kat belakang tu! Anyone? :P Owh saya taktau nape saya berdiri tegak macam nak nyanyi lagu Negaraku. Owh arini kan Merdeka. (Tetiba.)





Cuba teka kaki sape paling besar? HAHAHAHAHA~




Pastu kami pun berpisah sob sob. Haha macam dah tak jumpe lagi je kan. Bila lagi nak iftar same ni???? :P





Yeay! Siap dah! Fiuuuuu~ Penat weh!




Saya ada ucapan nak buat sikit ni before tamatkan entry ni.

HAPPY MERDEKA DAY!!!

Dengan slogan "Apa anda buat harini?"

Saya : Duk kat bilik je sob sob.



Daaaaaaaaa~



Saturday, January 17, 2009

The Best Weekend Ever! (Part 2)

Masih di hari Sabtu.


Lepas turun Genting, kitorang pun macam discuss-discuss nak makan mana. So aku bagi idea pergi makan dekat Rimbun Klasik kat Bangi. Tempat makan makan dating dating time duk UPM dulu. Hehe. Aku bukannya tau sangat pun kat tempat mana makan best. :P Tapi kat situ pun dah ok. Lagi pun Yani nak balik kolej dia amek laptop. So dah alang-alang tu makan kat situ je la kan.


Lepas ni watak utama cite ni : SHE


Ok. Aku bukan nak cakap apa. Instinct aku memang best. Haha~ Time kitorang tengah nak order, TIBA-TIBA SHE CALL!!! Mula-mula macam tengok number tak kenal. Pastu macam dah angkat tu macam tak percaya yang call aku tu adalah SHE! OMG! Sangatlah unexpected. Sebenarnya aku dah banyak kali try call and sms dia, tapi takde respon. Owh ye. She tu Geng Kelips gak. Jarang kan dengar nama dia. Sebab dia tu memang macam tu. Suka main hilang-hilang. Suka main tukar-tukar number phone. Aku pun tak paham. Tu pun selamat dia tak buang lagi number lama. Haish. Memang masalah dengan orang suke tukar number ni. Susah bangat nak contact!


Owh ye. Kebetulan dia, She ni study dekat IKRAM. Dekat gile la kan dengan tempat kitorang nak makan tu. So nak tak nak, aku paksa dia join dinner sekali. Yani pergi amek dia. Haha~ Time tunggu tu macam excited gila. Macam tak percaya. Sungguh ni. Sebabnya, selama dia belajar kat IKRAM tu tak pernah jumpa sekali pun. Alasan dia, dia tak nak and tak pandai naik public transport! HAMPEH PUNYA BUDAK! (Ok. Aku sangat suka kan buat entry jadi panjang. Sebab nya aku tak reti la weh. Tolong ajar sikit. Haha~) Mentang-mentang la BF die belajar kat IKRAM gak. Tu yang manja namampos tu. Erk. Kenapa macam terasa ek? HAHAHAHA~ Ok. Abaikan.


Dipendekkan cite. (Yang dah panjang pun.) Time tengah tunggu She sampai, kitorang pun order la. Syuq sebagai mak malam tu, dia tukang order. Aku dengan Kekasih macam nak buat lawak bodo la suruh Syuq order Air kosong 9 gelas! Lepas tu dia order betol-betol. HAHAHAHA~ Syuq sengal! Kau bayangkan la! Orang tu bawak air kosong letak macam dalam gayung tu 2 bijik. Amek kau! Gila hina! Letak dalam gayung tu! Tapi bukan gayung la. MACAM GAYUNG. Hehe. Mula-mula macam “Biar betol abang ni.” Sebenarnya dah cakap dah tipu-tipu je kat abang tu. Tapi dia bawak gak betol-betol. Haha. Lantak kau la. Tak habis pun air. Tapi memang lawak ok. Kalau dengan Syuq ni tak habis-habis pecah perut. Adoi.


Berbalik pada cite She. (Owh. Kalau rasa macam pelik kenapa nama dia She, sebab nama dia Shahida. Panggil Shida. Pastu nak pendek lagi jadi She. Hehe~) She malam tu jadi pengerusi majlis. Tengok gambar kat bawah.


Rimbun Klasik.

rimbun-klasik

Muka semua dah penat sebenarnya.

Tapi kata nak amek gambar kan. Mestila kene senyum. Hehe.

Yang tengah and duduk tu She.


Disebabkan terlalu excited sebab She ada, semua pun macam pergi dekat She nak amek gambar. Jadi Heroin la konon malam tu. :P Dah bape lama ek tak jumpa. Takde la lama sangat. Tapi Add dengan Nad yang dah lama gile tak jumpe. Aku dah cakap. She memang bermasalah. HAHA. Dia memang tak nak pun jumpa kitorang kalau boleh. (Ok. Ayat makan hati. HAHA~)


Sebenarnya hari tu memang penuh dengan UNEXPECTED THINGS :

  • Tetiba jadi pergi Genting.
  • Tetiba boleh terjumpa She.

Sangat best lah bukan. Lain kali malas nak plan awal-awal. Plan last minute lagi best. Lagi happening. Haha.


Malam tu memang makan banyak gile. Makan besar. Ikan Siakap 3 rasa, Tomyam, Udang dengan Sotong goreng tepung (Yang ni aku suke gile! Walaupun gatal-gatal. Haha~) , sayur kailan ikan masin, ape lagi ek. Aku-pun-dah-tak-ingat. Hehe. Yang penting memang best la. Even penat, tapi makan tak penat pulak. Haha.


Dah siap makan tu, aku, Kekasih, Nad dengan Yan balik UM. Yang lain-lain balik Sunway kat rumah Yeen. She pun ikot sekali. Owh. How i wish boleh tido ramai-ramai sekali. Tapi malangnya, aku pun dah penat gile. Dah tak larat sesangat. Plus, pagi esoknya kene hantar Kekasih pergi keje lagi. So kesimpulan dia, kitorang tido UM je. Takyah susahkan diri.


Ok. Habis pun hari Sabtu. Gile penat nak habiskan! Hoho!



♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥



Ahad : Sunway Pyramid



Ahad keluar lagi selama satu harian. Atau seharian. Atau satuan hari. Mula dah dia. Ke Sunway Pyramid. Tapi aktiviti haritu dihadkan kepada aktiviti shopping dan tengok movie sahaja. Sebab semalamnya sudah berpenat-penatan. Tapi tak rasa penat sangat pun sebenarnya! KAHKAHKAH! (Ada orang sound aku : “Awak tu kalau dah jumpa kawan mana reti penatnya. Sampai saya pun dah tak ingat.” Hahahahaha~ Well. No komen! :P )


Tapi.. too bad Nad tak dapat join. Pagi-pagi lagi dia dah kene pergi Airport. Flight dia tengahari tu. Dia kene paksa oleh ibu bapa balik cepat. Haha. Kesian Nad tak dapat join. Kami pun sangat bersedih-sedihan sampaikan muka Singa kat Sunway tu pun nampak macam muka Nad. WTH? Haha~ Abaikan. Aku buat lawak bodoh malam-malam ni. Dah pukul 1 lebih ni bai. Tapi aku tetap gigih type entry ni. Nak buat macam mana. Aku kan komited! KAHKAHKAH! Tapi sebenarnya aku lebih komited terhadap tido. Maka, tak payah lah aku mengarut banyak sangat lepas ni.


Sampai sana, harus la makan dulu kan.Tapi nak sampai tempat makan tu, singgah gak semua kedai yang ada. Perut semua lapar. Tapi takkan tak nak pergi tengok baju cantek-cantek kan? Haha~ Semua macam cakap nak makan nasik. So ke Chicken Rice Shop la jawabnya.


Chicken Rice Shop.


sunway



sunway-2

Spotted!! (Eceh. Macam Gossip Girl pulak.) Cuba tengok Syuq. Dia masih memakai baju yang sama. Dia bawak baju untuk tido je. Haha~ Sengal punya budak! :P


Satu je aku nak cakap. LICIN. Malas pulak aku nak upload gambar pinggan yang licin semuanya. Tak tipu ni. Haha. Nampak je semua macam kurus. Tapi semua kuat melantak. :P Yani je yang konon-kononnya nak diet. Tak nak makan nasik. Adoi. Bapak lah rugi gile tak makan nasik. Nasik la paling nikmat dalam dunia ni. Hehe. Tapi nak kurus punya pasal, semua jadi kan.


Aik. Tadi cakap dah taknak mengarut. Tapi ni macam tersasar jugak. Haish.


Meh aku buat ikot pukul je la. Mesti sikit je aku kene tulis.


3.30pm : Tengok movie. Cite Four Christmasses. Macam tak best sangat la cite tu. Dia punya ending too common.


5.30pm : Movie habis. Lepas tu jalan-jalan shopping-shopping. Kononnya nak balik awal, tapi masing-masing dah dapat shopping memang tak ingat dunia.


8.00 pm : Di Shah Alam. Hantar Syuq kat Uitm, lepak Pakli, and hantar Burger aku kat abang aku. Time ni macam rushing gile sebab nak kene amek Kekasih balik keje. (Owh. Walaupun dengan kawan-kawan, Kekasih tak boleh dilupakan. Kang tak balik, naya! HAHA~)


10.15 pm : Berjaya sampai kat Garden. Even lambat sikit. Selamat tak kene marah. Haha~ Time tu dah drop Yan kat IPBA, drop Add dengan Yani kat tempat teksi. Tak sempat nak hantar ke KL Sentral. Hehe. Tinggal She je. Pastu baru hantar She kat Kerinchi. Pastu setel.


10.45 pm : Lepak Mamak dengan Kekasih kejap. Amek hati sikit la oi! Dah pakai kete dia! Haha~



Maka, habis lah hari Ahad! Even penat, tapi seronok gileeee!!!!!!!!!! Thank you korang semua!!!! Tanpa korang, sapelah saya. (Tetiba pulak.) Saya sayang awak semua. Harap awak semua pun sayangkan saya. Haha~ Ayat nak pasrah.


Saya tutup entry ini dengan slogan : The Best Weekend Ever! (Serious shit best!)


Aku dah boleh tido sekarang! YEAAA!!!!



P.s : Macam mana dengan weekend anda? Best ke? *Dengan nada yang poyo.* (Sekali sekala poyo ape salahnya kan.) Tapi dah nak masok weekend baru, entry ni baru siap! KAHKAHKAH!

P.s.s : Aku berjaya beli 2 helai baju haritu. Kat Padini. Murah-murah ok. Pastu semua macam pegang bag Padini. Haha. Nampak sangat semua orang shopping kat situ je. Haha.

P.s.s.s : Aku baru perasan. Tak banyak pun amek gambar haritu. Maybe sebab macam tak cool lah kan nak posing kat Sunway! HAHA~Takpun semua penat. Sampai malas nak bergambar. Tapi macam pelik lah kan.

P.s.s.s.s : Aku baru balik tengok movie dengan Kekasih sebenarnya tadi. HAHAHA~ Movie je kerjanya! Esok lah aku cite!

The Best Weekend Ever! (Part 1)

Mood tengah baik ni. So better aku update cite yang terpending ni. Hehe. Ok. Duduk elok-elok. Amek choki-choki ke potato chips ke nasik pun boleh la tapi takot kotor kang. Ok jangan start mengarut. Kesimpulan dia, entry ini dijangka akan panjang lebar. Sebab tu aku suruh kau duduk elok-elok. Hehe.


Ok. Baca Bismillah. Eceh.


Hari Sabtu hari tu, nak tau kitorang pergi mana? Teka la! Hehe. Ngade tol nak main teka-teka lak kan. Aku dengan kawan-kawan aku pergi Genting!! Owh. Kekasih pun ikot sekali. Erk. Dia sorang je lelaki yang terlibat. Dikelilingi dengan gadis-gadis cun seramai 7 orang. Bayangkan lah! OMG! Macam sangat pelik lah kan kalau nampak sorang laki dengan 7 orang pompuan. Haha. Tapi Kekasih dah biasa. Sebab kena paksa dengan aku. KAHKAHKAH! Tapi dia no hal pun. Kawan-kawan aku pun dah jadi kawan-kawan dia jugak. Macam masok gile. Kepala semua gile-gile. Haha~ Ok. Aku excited ni nak cerita semua. Tapi satu-satu ye.


Sebenarnya pergi Genting tu last minute punya plan. Mula-mula ingat nak lepak dekat Sunway je main Ice Skating. Tapi tiba-tiba Si Kekasih la tanya “Tak nak pergi Genting ke?” Time tu kat Oldtown. Malam before kejadian. Lepak dengan Yayan dengan Nanad. Time tu Nad baru sampai dari Indon. Amek die kat lrt. Owh. Kena bayar parking 3hingget. WTH betol. Tapi takpe. Tu tak penting. Yang penting kitorang macam “Mestilah nak g Genting!” Haha.


Sebenarnya mula-mula plan memang nak g Genting. Tapi macam banyak hal. So cancel je. Alih-alih Kekasih cakap nak ponteng kerja nak ikot kitorang. Kitorang pun happy gile la! Kalau tak, tak berani gak nak pergi pompuan-pompuan je. Kalau dia ada, boleh lah jadi guard kitorang. Plus cameraman. Hehe.


Lepas tu, aku pun ape lagi kan. SMS semua orang. Tanya ok ke tak kalau pergi Genting. Pastu semua macam on. Aku pun tanya abang aku boleh pinjam kete ke tak. Abang aku cakap ok. So ape lagi kan? Genting la jawabnyaaaa!!! Ngeeee~


♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥


Hari kejadian.


Aku terus masuk hari kejadian la ek. Sebab macam banyak sangat la kalau nak cerita semua benda. Well. Nad, Add dengan Yan tido kat UM. Si Yan pukul 6 pagi dah bangun mandi. Gile hape. Semangat namampos. Haha. Tapi yang pasti memang semua orang semangat. Pukul 730 tu semua dah siap. Bayangkan la kan. Kekasih pun macam terkejut kitorang boleh siap cepat. Haha. Genting punya pasal.


Sebenarnya aku janji dengan abang aku nak amek kete kat Shah Alam pukul 8. Tu yang siap cepat. Hehe. Pastu itu ini. Amek orang tu. Amek orang ni. Tunggu orang tu. Tunggu orang ni. Isi perut orang. Isi perut kete. Bla bla bla. Kitorang naek Genting pakai 2 kete. Satu kete aku. Satu kete Kekasih. Aku bagi budak-budak tu pakai je kete aku tu. Macam dah takde perasaan kat dia. Sebab sakit hati abang aku tak jaga kete tu leklok. Kotor namampos. Haish. Malas nak ingat lah. Yang penting bukan aku yang bawak kete tu. Aku suruh Yani bawak. Haha~


Owh ye. Aku tak bagitau lagi sape yang ikot kan. Hehe. Sebenarnya tak cukup lagi 8 geng Kelips. (Kawan sekolah aku.) 2 orang takde. Ejom dengan She. Yang lain-lain semua ada. Yan, Yani, Nad, Add, Syuq. Eyh. Sape lagi ek? Owh. Aku la. Haha~ Cukup 6 orang. Pastu Yeen pun join sekali. (Yeen ni kawan Yani, Nad ngan Add kat Matrik. Tapi dah jadi macam kawan aku jugak la. Hehe~) Maka 8 orang semuanya campur dengan Kekasih.


Dalam pukul 12 kot sampai. Aku pun tak berapa nak ingat. Parking dekat First World Hotel. Ni first time aku pergi Genting dengan kawan-kawan. Excited ok. Dengan Kekasih dah pergi 2 kali. Hehe. Tapi g ramai-ramai best gile woooo!!!! Tak tipu wooooo!!!


Owh ye. Mama Abah aku semua tau aku pergi enjoy dengan kawan-kawan. Haha. Tu pun sebab aku nak pakai kete. Kalau tak, tak bagitau dah aku rasa. Ngeeee~ Mama aku siap SMS suruh jaga diri leklok. Tu yang aku tak nak bagitau. Nanti diorang risau. Hehe. Tapi Alhamdulillah. Semua selamat. Berjaya jugak Burger aku naik Genting. Even macam takot-takot gak, tapi semua selamat. Yeah!



ramai

Posing jangan tak posing!!



♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥


Spiderman.


Sampai-sampai je semua macam nak buat apa dulu ni. Si Add tak habis-habis lapar. Kuat betol makan budak tu. Haha. Tapi takkan nak makan dulu baru nak main kan. So kitorang pergi main Spiderman! First time try! Kene bayar RM8 sorang. Tapi… BEST GILEERRR!!!!!!! HAHAHAHA~ Tapi aku cuak gak sebenarnya. Tapi memang best la. Sape yang tak pernah try lagi, wajib naik Spiderman!!



spiderman


Ni gambar atas gambar. Paham? Ala aku amek gambar atas gambar yang dah diprint. Nak tunggu budak ni scan tak tau la zaman bile baru dapat kan. Hehe. Ok. Aku siap boleh tunjuk kat camera lagi. Haha~ Time ni tak cuak lagi. Time dia pusing-pusing tu buat aku cuak. Aiyak!


Kitorang main Spiderman je. Sebab semua macam tak nak main Indoor ke Outdoor. Sebab semua macam penakut. Haha~ Tapi semua kena PAKSA main Spiderman tu. And nasib baik takde yang menangis. Semua macam puas hati. Ngeh-ngeh~



♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥


Snap snap!



ramai-2


Budak-budak ni jalan 2 langkah berenti. 2 langkah berenti. Nak nak si Yani tu. Sikit-sikit berenti. Amek gambar sendiri pulak tuh. Haha~ Gile betol. Memang pening kepala kalau ramai-ramai. Tapi seronok tu takyah cakap la kan. Gambar semua ada dalam 100 lebih kot. Pening kepala aku nak pilih mana nak letak kat blog.



♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥


Pizza Hut.


Lepas jalan-jalan kan, dah agak-agak lapar tu, terpaksa la cari makan. Kitorang pergi Pizza Hut!

pizza



Ni gambar kat Pizza Hut. Makan memang tak hengat. Banyak gile. Licin semua! Haha~ Tapi makan ramai-ramai jadi tak mahal sangat pun. So puas hati ah! Kan kawan-kawan? Hehe~


Lepas makan tu, kitorang jalan-jalan cuci mata. Pastu macam nak karok. Tapi macam mahal gile kot. RM2 ke satu lagu. Camtu la. Pastu tak jadi. Pastu pergi kat rumah hantu. Ada benda lawak jadi. Si Add siap menangis lagi terperanjat dengan hantu kat situ! KAHKAHKAH! Lawak gile ok. Penakut betol budak tu. Tu belom masuk lagi. Tu baru kene kacau dengan hantu yang pakai topeng lidah keluar tu. Aiseyh. Tak amek pulak gambar dia. Haha. Kalau masok dalam tak tau la ape jadi kan. Mau terkencing terberak semua. Kahkahkah! Tapi macam scary gile la rumah hantu dia. Bunyik dia, pergh! Meremang bulu roma wa cakap lu! Aku pun tak sanggup nak masok. Hehe.


♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥


Snow World.



Kitorang macam pikir apa yang macam berbaloi sikit. So pikir punya pikir, Snow World!! Yeah! Kitorang masok Snow World. First time lagi. Hehe. Before ni macam kalau pergi 2 orang macam tak best la nak masok. Ramai-ramai baru best kan.



snow-world



Dia bagi pakai Baju Sejuk dengan boot dengan glove. Sejuk gile ok! Suhu -7 darjah celcius. Kat dalam tu main gelongsor, main tolak-tolak (gile betol!), masok iglu (rasa panas sikit). Owh seronok gile! Nak main salji tipu-tipu dia macam kotor. Tak sanggup nak main. Tapi aku main gak. Baling kat orang. Haha. Pastu benda paling gile sekali kitorang buat, MAKAN AISKRIM!!! Haha~ Dah lah duk tempat sejuk, pastu makan aiskrim. Tunjuk macho ke ape ntah. Tapi masing-masing duk terketar-ketar. Ok lawak gile kalau ingat balik.


Duduk dalam tu dari 330 sampai 410. Kejap je ok. Tak puas pun. Tapi nak buat camne kan. Huhu. Pastu kan salji dia yang konon-konon turun dari atas tu, dia pakai sabun je! Sengal sungguh. Haha~ Tipah tertipu!


Lepas keluar dari Snow World tu, rasa macam otak beku! Haha~ Sebab sejuk sangat. Serious shit otak aku rasa jadi beku. Selamat sekarang dah ok. Hehe. Tapi okla. Takyah pegi overseas pun dapat main salji. :P


♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥


Starbucks.


Dah penat tu kitorang pun cari tempat lepak. Kononnya nak panaskan badan la kan minum kat Starbucks. Tapi aku mana pandai minum air panas. Macam orang tuwe! Haha~ So aku dengan Kekasih minum ice blended gak di kala sejuk macam tu. Ok. Memang sengal. Haha, Tapi asalkan tak jadi orang tuwe sudah. Cool kan. KAHKAH!


starbucks1


Kat Starbucks ni la gelak macam nak mati. Haha~ Tak tahan aku. Krem semua muka pipi. Sebab gelak kuat sangat. Kalau dah ramai tu banyak la cite keluar kan. Dengan Syuq buat aksi nya. Dengan Add si blurnya. Owh. Nad sorang lagi blur. Ade ke patot. Aku cakap nak “Check in.” Pastu boleh die tanya aku nak check in apa. Dia ingat check in cable car. Cable car kene check in? KAHKAHKAH! Lawak gile ok! Owh. Pecah perut la dengan diorang ni. Selamat tak mati kat tempat kejadian sebab terlebih gelak. Haha.


Orang sekeliling memang kitorang tak heran langsung. Buat macam Starbucks tu macam kitorang yang punya. Haha~ Apa lagi benda lawak ek? Aku dah tak ingat lah. (Tangan aku pun dah naik krem tulis ni. Adoi. Belakang aku pun dah sakit. Aku rasa macam dah nak kene berenti ni.)


♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥


Pulang!


pokok

Before pulang posing dulu!


So dalam pukul 630 tu kitorang dah nak beransur balik. Eceh. Tapi before balik tu, kitorang nyanyi lagu Happy Birthday untuk Yani. Kira macam buat surprise la kan. Birthday dia bulan 12 haritu. Hehe. Syuq punya idea. Dia siap beli hadiah lagi. So sweet. Yani sampai menangis terharu. Aiseyh. Haritu memang sangat best lah! Tak terkata! Sangat seronok. Sangat sangat sangat segala-galanya.


Owh. Rasa macam nak pergi lagi. Hehe. Lain kali kita mesti pergi lagi tau ramai-ramai camtu. Tapi tempat lain pulak la. Biar cukup korum semua. Kalau Ejom ada tak tau la. Mesti lagi lawak jadi nya. Adeh. Rindu gile kat Ejom. Budak tu busy sungguh. Tension aku. Cukup lah tu. Aku pun dah penat ni.


To be continued…


Tunggu Part 2 pulak ok!! Ngeeee~


P.s : Sangat penat buat entry ni. Tapi sambil type sambil dengar baby aku. So no hal sangat la. Haha~

P.s.s : Korang assume macam korang kenal je la kawan-kawan aku. Malas nak describe satu-satu. Haha~

P.s.s.s : Kawan-kawan! Nanti saya upload gambar kat FS okeh!

Thursday, January 8, 2009

aA + bB

Import from : dieyla.wordpress.com


p1080504

Sebab buku ni, aku tido lambat.

Sebab buku ni, aku tak cukup tido.

Sebab buku ni jugak, aku macam melayan perasaan.


Oh Tuhan!! Macam tak percaya pulak aku baca Novel!! Kahkahkah! Malu sebenarnya nak ngaku. Tapi aku rasa takde la teruk sangat pun baca novel ni. Hehe. Tapi jangan tuduh aku minah jiwang dah la. Aku sangat lah tak jiwang nya. Haha. Semalam nak tau aku tido pukul berapa? Pukul 4 pagi. Tu pun tak berjaya habiskan lagi. Ada lagi 100 pages. Macam sayang pulak nak habiskan. Tapi yang ajaibnya, aku tido lambat pun, aku bangun awal. Siap boleh hantar Kekasih pergi kerja dengan penuh kasih sayang lagi. Kahkahkah! Geli tau!


Ok. Sape pernah baca buku ni angkat tangan. Sape ek penulis dia. Kejap aku tengok. JS. Jemari Seni. Dia punya publisher. Tajuk dia aA+bB. Dia punya tajuk pun unik. Dia punya bahasa pun macam sempoi je. Aku suka. Ok. Aku adalah manusia yang sangat lah tak baca novelnya. Sebab dipercayai akan jadi ubat tido. Tapi malam tadi aku start baca pukul 12 kononnya nak buat ubat tido la kan. Tapi tengok-tengok aku berjaga sampai pukul 4 pagi semata-mata baca novel. Gilo apo? Tak pernah dibuat dek aku la macam tu chok! Haha.


Ok. Novel ni memang best. Buat aku sakit jantung. Si Addin dengan Benz ni kawen sebab family arrangement. Tapi Si Benz memang sukakan Addin. Si Addin ni pulak benci gile kat Benz sebab hal-hal time sekolah. (Kalau nak tau baca sendiri la. Haha~) Tapi diorang jadi kawen sebab permintaan kembar si Addin ni time dia tengah sakit lepas accident. Konon-konon macam wasiat la. Tapi tak jadi mati. Nama kembar dia Kucai. Diorang kembar lelaki pompuan. Sangat sweet. Hehe. Tapi diorang laki bini adalah sangat keras kepala. Memang pening wa cakap lu baca diorang punya perangai! Masing-masing nak tunjuk ego.


Kau bayangkan la kan. Dah kawen pun duk bilik asing. (Tapi macam best je kan? Hahaha~) Mula-mula diorang bercakap sepatah pun tak. Yela. Dah nama diorang bukan suka sama suka. Tapi lama-lama diorang jadi baik. Banyak insiden yang jadik. Takkan aku nak cite semua kan. Pastu diorang bercinta. Masing-masing baru belajar cara nak bercinta. Haha~ Sweet gile lah!


Pastu yang bestnya, Si Benz ni macam menyamar jadi orang lain. Jadi Aie. Kira kawan Si Addin la. Diorang selalu la chat. Tapi dia tak tau yang dia selalu chat tu, husband dia sendiri! Kahkahkah! Wei. Kalau aku pun, malu besar wei. Tapi one day, dia dapat tau yang Benz dan Aie adalah orang yang sama. Mau tak mengamuknya orang tu. So lepas tu diorang pun gaduh balik. Jadi bisu balik dua-dua orang. Keras kepala la katakan.


Tapi last-last diorang pun sama-sama mengalah. Alah. Sweet! So mengaku la masing-masing memang sukakan masing-masing. Ecece. Sweet kan. Pastu mula la macam-macam bahasa keluar. German la Spain la. Haha. Nak cover malu punya pasal. Nak cakap I love You pun pergi cakap Ich Liebe Du. Eceh. Aku kan tau gak sikit-sikit bahasa German dengan Spain. Tu yang best tuh! Ngeh-ngeh~


Ending dia? Aku tak habis baca lagi la oiii!! Sayang nya nak habiskan. Hehe. Aku harap happy ending la kan. Aku tak suka kalau baca yang sad ending. Nanti aku pun akan jadi sedih. Eceh. Poyo tau Dieyla ni. Konon-konon menghayati la tu. Aiseyman! Geli betol! Help! Help! Dieyla baca novel? Aku pun tak dapat terima lagi. Haha~


Tapi yang pasti tu bukan novel aku la kan. Novel pinjam. Hehe. Tapi okla. Boleh isi masa lapang aku yang sangat lah terlapang-lapang ni.


Siapa aku pada dia? A pal? A room-mate? A brother? Never a husband? -Benz


Ni lagu Si Benz buat untuk Si Addin.


You wonder

Is it an angel or what

Maybe a sweet dream that you can’t forget

So close yet far-fetched

Causing you to float on the line

between reality and fantasy

Haunted the nightmares

Creates the ecstasy

Hlovate ~ oh poisonous honey

Love and hate

Driving me crazy

The poison ivy of Venus

Killing with venom so sweet

You’re losing your head

Dont want it yet keep it haunting

Losing yourself in the suffocating mist

The blind arrows of

piercing cold ice and

warm melting heart

Tearing me apart


Ok. Dieyla jiwang. Bye!


P.s : First time entry aku ada category “Novel”. Haha~

P.s.s : Tunjukkan keprihatinan anda. Boikot Yahudi! Click sini.

Sunday, January 4, 2009

2008


25 December 2008 : dieyla.wordpress.com


Sebenarnya banyak benda jadi tahun 2008 ni. Benda yang penting dalam hidup aku. Benda yang bermakna dalam hidup aku. 2008 adalah penentuan dalam hidup aku. Tahun 2009 macam mana pula ye?

Summarize 2008 :

1. Grad degree

Aku rasa ni yang paling penting sebab aku dah grad dan bergelar fresh graduate. Macam ni rasanya kan. Bagi yang dah grad tu mesti tau macam mana perasaaan belajar selama 3 tahun. Macam lega pun ada sebab dah berjaya habiskan degree. Ada orang cakap course Statistics susah. Ramai yang extend. Tapi Alhamdulillah aku berjaya grad on time dengan 2nd Upper Class. Grad bermakna tinggal lah UPM. Berpisah dengan kawan-kawan. Berpisah dengan J***. Rupanya persahabatan kami selama 3 tahun boleh putus macam tu je rupanya. Aku pun tak sangka. Aku ingatkan dia lah kawan yang paling baik. Tapi rupanya kekasih lagi penting dari kawan. Tapi takpe la. Maybe semua ni dah ditentukan. Kawan yang paling kekal lama adalah kawan sekolah. Saya sayang kawan-kawan saya.

2. Master

Lepas aku grad Degree, aku terus sambung Master. Sebenarnya hati aku berbelah bagi jugak nak sambung ke tak. Sebab aku ni bukannya jenis yang rajin sangat. Tapi memandangkan umur aku baru 22 tahun, macam rugilah kan kalau tak sambung terus. Still ada family nak support aku belajar. Alhamdulillah. Aku pun sambung Master kat UM dalam Applied Statistics. 3 sem je. Aku terpaksa lah bersabar. Even banyak sangat dugaan, tapi aku tak boleh putus asa kan.

Aku ada kawan-kawan yang boleh tolong aku. Ada kekasih yang bagi support. Aku sebenarnya jarang bagitau masalah aku kat family. Aku tak nak bebankan mereka. Selagi aku boleh settlekan sendiri, aku akan settle kan. Sebenarnya aku dah tak nak susahkan mereka. Kalau boleh aku nak cari kerja. Cuma aku tak tau nak kerja apa. Kerja yang tak tension. Yang tak penat. Ada ke?

Aku harap dapat lah success dalam Master aku. Tinggal 2 sem je lagi. Caiyok caiyok!

Sebenarnya aku rasa langkah aku untuk sambung Master, tetap sekali. Sebabnya ramai kawan-kawan aku yang masih menganggur sebab ekonomi sekarang ni. Aku harap mereka cepat-cepat la dapat keje.

3. Kereta

Sebenarnya aku tak pernah mimpi pun parents aku akan bagi aku kereta. Tapi aku janji dengan mereka aku akan sambung bayar bile aku dah kerja nanti. Aku akan sayang kereta tu macam nyawa aku. (Sebenarnya dah lama aku tak jumpa kereta aku. Rindu seyh! :( ) Apa khabar dia ek skang? Dia rindu tak kat tuan dia ni? Hehehe~

Aku janji kalau aku dah kaya nanti aku akan hadiahkan kereta untuk Mama dan Abah pulak. Bila la aku nak kaya tu ek? Tak sabar dah rasanya nak kerja. Aku sebenarnya nak kerja. Nak cari duit sendiri. Nak pakai duit sendiri. Tapi aku ni bukan jenis yang berdikari sangat pun. (Sedar diri. Bagus.) Takpela. Tunggu je la setahun je lagi aku habis belajar. Lepas tu boleh kerja. Yehooo! (Aku tau bukan best sangat pun kerja. Tapi dapat duit hasil titik peluh sendiri sangat nikmat kan? :P )

4. Dah 3 tahun

Tahun 2008 jugak bermakna dah 3 tahun lah hubungan kami. Aku pun tak sangka. Aku tau, ramai jugak yang tak sangka. Kan kan. Aku tau ramai yang cakap hubungan kami takkan kekal. Tapi hell yeah! Tengok lah sendiri. :P Aku still happy dengan dia. Sebenarnya aku beruntung dapat bf macam dia. Sabar je dengan kerenah aku. Pastu satu benda yang aku betul-betul yakin dengan dia, dia betol-betol sayang aku dan dia takkan cari lain. Dia jenis yang setia orangnya.

I hope he is my Mr. Right. Tapi aku rasa banyak lagi benda yang perlu diimprove dalam diri masing-masing. Masih belum cukup matang lagi. Iman pun belum cukup lagi. Aku harap dia boleh bimbing aku di dunia dan akhirat. Sama macam impian semua perempuan pun. Nak yang perfect. Iman. Akhlak. IQ. Rupa. Harta. Perfect bukan. InsyaAllah akan bahagia di dunia dan akhirat.

Lastly, aku nak wish :

Merry Christmas.

Selamat menyambut Awal Muharram.

Happy New Year.

P.s : Semasa entry ni dipublish, aku maybe dah pergi becuti dengan family. Cuti-cuti Malaysia! Dah nak habis cuti baru dapat pergi bercuti. Adik-adik aku sebok tuisyen. Tu yang baru dapat bercuti sekarang.


P.s.s : Aku tak tau aku akan away berapa lama. Tapi macam lama. So jangan rindu aku okeh! :) Tolong jaga blog ni leklok. Hehe. Semoga berjumpa lagi.

Monday, December 15, 2008

Good Bye Blogspot.

T_T

Sedih. Sampai tak terkata apa. (Poyo betol la Dieyla ni. Hehe~)

Walaupun sedih dalam hati, tapi terpaksa jugak buat-buat happy. :P

Sape suruh kau buat hal wahai Blogger.com. Kalau tak aku takde pun terpikir nak tukar rumah ke apa. Aku sayang kan blogspot ni. Dah setahun lebih aku menulis kat sini. (Eleh. Baru setahun lebih kata kau. Wek! :P)


Untuk kawan-kawan blogger sekalian,



Dengan ini saya mengumumkan saya akan berpindah rumah ke Wordpress.

Rumah baru saya
: http://dieyla.wordpress.com/


Dah dah!

Jom pergi rumah baru saya.

Tata Blogspot..

Semoga kita berjumpa lagi. (Haha! Poyo lagi!)

Tata titi tutu!

Saturday, December 13, 2008

Tetiba.

Aku tengah back up blog aku kat Wordpress ni. Takot gak bile budak ni cakap ada orang yang hilang tetiba blog dia. Tak ke pelik tuh? So dari benda tu jadi kat aku, baik aku buat dulu kan.

Tapi kan tetiba aku rasa macam best pulak Wordpress ni. Patot tak aku tukar ek? Tinggalkan Blogspot? Tapi macam sayang pulak. Nak beli domain sendiri tu aku macam tak mungkin la kot. Sebab aku sangat tak suka main dengan coding. Haha~ Benda-benda leceh ni memang aku tak suka.

So aku nak tanya korang la kan.

Patot ke tak aku tukar ke Wordpress?

Sila jawab. =P